We ain't fashion designer, not even a tailor, our desire is just to make you as sweet as possible. Stay Sweet! HOW TO ORDER: send a Private Msg at our FB stating your... NAME: ADDRESS: NO PHONE: ITEM: COLOR: SIZE:

Velvet by The Sweet Kurung

Assalamualaikum,


Mempersembahkan VELVET by THE SWEET KURUNG!


Kami mengambil tempahan sehingga 29 NOVEMBER 2012 iaitu Khamis ini.
Nyatakan Nama, Alamat, No Phone, Saiz dan Color, Hantar Private Message ke Facebook the Sweet Kurung.






Sehingga 29 NOVEMBER 2012 sahaja ye..

~the sweet kurung~

Cara Pembelian The Sweet Kurung

Assalamualaikum,

Selamat datang ke The Sweet Kurung! Harap anda semua 'sweet' hari ni. Di sini, kami yakin kita semua boleh menjadi 'sweet' tanpa perlu berbelanja besar. Walaubagaimanapun, anda masih perlu mengikut sedikit nasihat kami seperti dibawah....


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dilakukan di FB PM atau Email sahaja. Tapi jangan lupa baca info di bawah photo ye. Mana tau kalau jawapan pertanyan anda ada di situ :)


Order 

Perkara yang paling penting untuk urusan jual beli di The Sweet Kurung adalah lebih baik menerusi PM di facebook kami. Kita tak galakkan SMS atau email kerana PM lebih tepat infonya. PM keterangan diri dan butir butir barang hendak diorder seperti:

1. Nama Penuh

2. Alamat Penuh
3. Nombor Telefon

1. Nama Design

2. Warna Pakaian
3. Saiz


Untuk produk pre-order..anda akan diminta untuk membuat bayaran deposit 50% terlebih dahulu. Produk hanya akan di pos apabila pihak The Sweet Kurung menerima bayaran penuh sahaja. Jika baki bayaran tidak di lakukan selepas di hubungi. Maaf, bayaran deposit tidak akan di pulangkan ;)


Postage
Kami menggunakan servis Pos Laju dan ia memakan 2 atau 3 hari dalam tempoh hari bekerja. Kami akan mengepos sebaik sahaja menerima bayaran tanpa mengumpul order dari pelanggan lain. Kami akan SMS ke nombor anda menunjukkan tracking number Post Laju. 


Pembayaran

Buat masa ini, kami hanya menerima pembayaran melalui Maybank sahaja. Nombor akaun bank adalah 1061 3821 3971 dengan Nama Penuh AZZA FARAH NADIA BINTI AZMAN. 

Selepas itu, jangan lupa beritahu kami tarikh dan masa anda membuat pembayaran. Sebagai bukti. Jika tiada bukti kami akan hold baju anda dahulu. 

Untuk yang bertanya "sis, tak ada CIMB Click ke?", jangan risau, dari CIMB Click boleh je transfer ke Maybank atau mana mana bank berdaftar di Malaysia ni.


Saiz

Measurement mungkin berbeza bagi setiap keluaran, sila periksa dahulu sebelum membuat tempahan ya? Kami akan cuba upload saiz baju di setiap album (facebook) bagi setiap design. 


Warna

Warna di dalam gambar mungkin sedikit berbeza berbanding warna sebenar produk disebabkan lighting dan monitor display :)


InsyaAllah semua baju di The Sweet Kurung adalah custom design kecuali dinyatakan oleh kami. Harga baju adalah tetap. Semua baju kami menggunakan material yang baik. Serious buyer boleh terus PM ke facebook "the sweet kurung" dengan menyatakan Nama Penuh, Alamat, Nama Koleksi, Saiz dan warna baju. 



Nantikan update dari kami..stay sweet


Sekian terima kasih.



~the sweet kurung~

Shades of Color

Assalamualaikum, 


Kita ni dulu dulu masa main Color Pensil Luna, kira memang rasa hebat lah. Ada 12 batang tu pun dah cukup bermakna, sampai kalau kawan nak pinjam pun kita siap berpesan "jangan color pekat pekat sangat tau..." sebab tak nak mata pensil tu patah. Hehe. 


Lepas tu, yang cikgu ajar pun basic, ada merah, biru, kuning. Klu advance sikit ada la merah pekat atau merah cair. Tapi dah besar besar ni apa kata kita kenal dengan bayangan warna yang lain pula! Misalnya untuk color biru sahaja sudah ada 60 bayangan warna!


Jom layan....

 
















~the sweet kurung~

Zafra by The Sweet Kurung

Assalamualaikum,


The Sweet Kurung mempersembahkan koleksi Zafra yang dihasilkan dalam warna, hijau terang, ungu dan merah hati. Zafra ditekankan dengan gaya potongan berlapis tanpa perincian manik berlebihan. 


Untuk koleksi Zafra, saiz S dan M disediakan
Harga bagi setiap pasang adalah RM160 sahaja.






Zafra by The Sweet Kurung was made for the simple sweet ladies.


Untuk info sepenuh sila lawati Facebook Page "The Sweet Kurung" kami.


STAY SWEET!!



~the sweet kurung~

Azza Azman