We ain't fashion designer, not even a tailor, our desire is just to make you as sweet as possible. Stay Sweet! HOW TO ORDER: send a Private Msg at our FB stating your... NAME: ADDRESS: NO PHONE: ITEM: COLOR: SIZE:

Pesanan Buat Customer Zaira

Assalamualaikum, 


First of all, Azza nak ucapkan terima kasih buat yang rajin LIKE page The Sweet Kurung dan jugapembeli pembeli di The Sweet Kurung. Walaupun TSK masih bar tetapi saya mendapat sokongan dan sunggguh tak dijangka dari family, kawan kawan dan anda semua. Tanpa anda siapalah saya. 


Mungkin bagi follower blog ini, perasan yang saya rajin update blog. Walaubagaimanapun, saya selalu update info penting di Facebook Page. Jadi amatlah rugi jika tidak mengikuti Facebook Page TSK. Kan dah terlepas pre-order.. sobs..




Sedikit pesanan buat customer Zaira dari TSK, pertama sekali anda mestilah cek dahulu saiz baju yang anda dapat sebaik bungkusan diterima nanti. Fit tak fit lain cerita ya, kan kita dan bagi ukuran chart dari awal lagi. Kami tidak terima alasan begini untuk pertukaran. Kot kot ada rosak ke, yang major lah ya.


Ha...lepas dah cek ukuran cuba pakai. Make sure anda buka zip baju di belakang SAMPAI HABIS. Kalau tak memang xmuat sayang, sebab peplum kan pinggangnya kecil berbanding baju lain. So pls pls pls bukak ZIP SAMPAI HABIS.


Ketiga, berlatih lah ikat ribon. Hehe mana yang tak reti cuba suruh mak ajar ka, akak ajar ka. Senang je insyaAllah. Lagi satu, reben panjang ni kami tak jahit sekali sebab boleh bagi anda pilihan nak pakai atau tidak. Nak letak reben di belakang tengah tepi pun boleh.. Atau nak pakai tali pinggang lain ke, tak ada masalah. Banyak fashionnista pakai metallic belt dgn peplum sekarang. Cantik.


Keempat, kalau tiba tiba dah pakai dah dapat dah tengok tetiba rasa pelik pulak, lagilah. Maaf kami tak terima alasan begini... sobss.. kami dah terima alasan sebegini dengan pulangan wang 100%. Selepas ni kami tidak akan layan lagi kes macam ini ye.


Well, selamat bergaya ladies! Design ni exclusive tau sebab dalam Malaysia ni mana ada orang lain buat design macam ni. Hehe. Mana mana yang suka design macam ni tapi disebabkan pre-order sudah tutup, atau sebab dirasakanmahal, atau rasa nak guna kain lagi super berkualiti tinggi ke, dipersilakan print gambar Zaira dan upah tukang jahit buatkan, InsyaAllah tukang jahit boleh buatkan. Saya tak ada masalah lah sesiapa nak design ni. Tapi jangan buat sebijik sebijik lepas tu jual la.. kecik hati tau. :(


Okay bye!


~the sweet kurung~

Azza Azman