We ain't fashion designer, not even a tailor, our desire is just to make you as sweet as possible. Stay Sweet! HOW TO ORDER: send a Private Msg at our FB stating your... NAME: ADDRESS: NO PHONE: ITEM: COLOR: SIZE:

Teaser : Aww!

Assalamualaikum, 


Coming soon...

~the sweet kurung~

Jovian Mandagie Koleksi Aidiladha

Assalamualaikum, 

Cantik cantik kan baju JRaya ni? Lagi lagi yang color baby pink dan green pastel tu. Memikat sungguh! Obviously la cantik sebab model yang pakai kan. Tapi still menyeru nyeru hati untuk order satu pasang kat thepoplook.com. Mana tau kalau pakai automatik diri ini terasa model gitu. Hish.


Jadi mari kita belek belek 5 rekaan utama Jovian kali ini. Harga belum reveal lagi kot. Tapi rasanya dah boleh order masa dia buat open house di Royale Chulan dulu. Di thepoplook.com pun dah boleh rasanya. Maaf kalau tersilap info :)


Introducing......

 Jezzeble
available in Beige & Red!

Jetta 
available in Blush & Blue !

Jarielle 
available in Mystique Purple

 Julia 
available in Blush Pink

Jameela 
available in Black  

Rasanya, Jovian ada restock koleksri JRaya untuk Aidilfitri lalu di thepoplook.com semula semua habis. Ini yang Jovian umumkan "Wow! We sold everything within 24hours! Alhamdulillah.. due to many request, we will add more stock for pre prder within next few hours. Keep on refreshing and grab what we will add fast as it will be very very limited numbers only!"


Sesiapa yang berminat dengan koleksi Aidiladha ni pulak, jangan lepaskan peluang untuk membuat preorder ya. nanti melepas. harganya maybe tak lari dengan koleksi Aidilfitri kot, dalam range rm300-rm400. Maybe...


Untuk keterangan lanjut, boleh like page Jovian Mandagie atau terus ke laman web rasminya di  http://www.jovianmandagie.com/ :)


Happy shopping!

~the sweet kurung~

Peplum Kurung Murah?

Assalamualaikum, 



Hai ladies! Saya sudah pun menulis entry yang sama di blog personal saya, azzaazman.blogspot.com. Saya hanya nak share koleksi-koleksi baju kurung potongan peplum yang sungguhlah 'in trend' sekarang ni. Ianya sangat cantik dan kemas buatan dari pereka terkenal. Dah nama pun pereka terkenal, jika dilihat harganya juga bukanlah harga mampu milik bagi semua orang T___T Tapi tidak dinafikan memang cantik :)


Berdasarkan gambar model yang memperagakan, semuanya kurus dan mempunyai potongan badan yang menawan *termasuk patung dari matase sutera :)* Jadi betul ke memang kurung peplum ini hanya sesuai untuk perempuan yang bertubuh kurus ye? Saya yang tak berapa nak kurus ni agaknya sesuai tak pakai? Atau sesuai tak nak jual? Eh. Sesiapa yang  ada mengenakan peplum kurung semasa raya temph hari, marilah share dengan saya gambarnya. Letak link di ruang komen ye. Teringin la nak tengok.


designs from OldBlossonBox 
rmxxx - rmxxx

  designs from The Matase Sutera 
rm600 - rm800



designs from MimpiKita
rm450 - rm650

designs from Nurita Harith
rmxxx - rmxxx

designs from Cosri Purple Label
rm450 - rm650

Ikut kalendar, bulan Oktober ni dah nak raya Haji dah kan. Mesti ramai yang recycle baju raya lepas sahaja. Termasuklah saya. Ongkosnya udah habis kok. Tapi bila dikenang-kenang semula. Bulan November dan Disember ni, saya tau korang semua mesti tak menang tangan nak hadiri majlis kahwin kawan korang kan? Siap ada yang paksa rela jadi pengapit lagi. Dah nak recycle lagi ke baju tu? Agaknya, ada tak sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi baju kurung peplum dengan harga mampu milik?


~the sweet kurung~

The Sweet Kurung!

Assalamualaikum, 


Hello ladies! Be aware! Your wardrobe might be full with sweetest kurung!
Hello guys! Be aware of your wallet too :)


Syukur alhamdulillah, atas kerjasama dan sokongan yang tidak putus dari keluarga dan rakan rakan, saya mendapat semangat untuk meneruskan cita-cita saya sejak kecil. Walaupun projek ini masih 'at a very preliminary' stage, saya berusaha untuk menjayakan nya. 


Iya! Ianya adalah projek kurung. Tapi ingat bukan kurung biasa. Ianya Sweet Kurung!

Saya tidak pernah bercita cita untuk menjadi fashion designer apatah lagi pereka terkenal. Cita-cita saya simple seperti gadis dan wanita lain. 
Untuk kelihatan Sweet!
Dengan berbaju Sweet! 
Pastinya Sweet berkurung !


Begitu juga dengan impian setiap orang untuk memiliki baju terkini dengan harga yang berpadanan. Ingatkan saya untuk menyederhanakan 'price range' kecuali memang baju tersebut memerlukan detailing yang tinggi.


InsyaAllah bila siap koleksi pertama saya nanti, saya akan update. Tunggu......

~The Sweet Kurung~

Azza Azman