Assalamualaikum,
Hai ladies! Saya sudah pun menulis entry yang sama di blog personal saya, azzaazman.blogspot.com. Saya hanya nak share koleksi-koleksi baju kurung potongan
peplum yang sungguhlah 'in trend' sekarang ni. Ianya sangat cantik dan kemas buatan
dari pereka terkenal. Dah nama pun pereka terkenal, jika dilihat harganya juga bukanlah harga mampu
milik bagi semua orang T___T Tapi tidak dinafikan memang cantik :)
Berdasarkan gambar model yang memperagakan, semuanya kurus dan mempunyai potongan badan yang menawan *termasuk patung dari matase sutera :)*
Jadi betul ke memang kurung peplum ini hanya sesuai untuk perempuan
yang bertubuh kurus ye? Saya yang tak berapa nak kurus ni agaknya sesuai tak pakai? Atau sesuai tak nak jual? Eh. Sesiapa yang ada mengenakan peplum kurung semasa raya
temph hari, marilah share dengan saya gambarnya. Letak link di ruang
komen ye. Teringin la nak tengok.
designs from OldBlossonBox
rmxxx - rmxxx
designs from The Matase Sutera
rm600 - rm800
designs from MimpiKita
rm450 - rm650
designs from Nurita Harith
rmxxx - rmxxx
designs from Cosri Purple Label
rm450 - rm650
Ikut kalendar, bulan Oktober ni dah nak raya Haji dah kan. Mesti ramai yang recycle baju raya lepas sahaja. Termasuklah saya. Ongkosnya udah habis kok. Tapi bila dikenang-kenang semula. Bulan November dan Disember ni, saya tau korang semua mesti tak menang tangan nak hadiri majlis kahwin kawan korang kan? Siap ada yang paksa rela jadi pengapit lagi. Dah nak recycle lagi ke baju tu? Agaknya, ada tak sesiapa yang
berminat untuk mendapatkan koleksi baju kurung peplum dengan harga mampu
milik?
~the sweet kurung~
3 comments:
saya mahu..
Blh tgk di link ini http://fashionarora-fashionarora.blogspot.com/
Ada pelbagai jenis peplum yg kami jual harga hanya dr RM155 - RM300 Inc postage
SALAM..
DAPATKAN PEPLUM TOP PD HARGA PROMOSI. LEBIH MURAH DR HARGA ONLINE BIASA. HALFMOON SHAWL BERBUNGA LEBAT AND SKIRTS YG CANTIK2 PUN ADA. JOM SHOPPING..
Post a Comment