We ain't fashion designer, not even a tailor, our desire is just to make you as sweet as possible. Stay Sweet! HOW TO ORDER: send a Private Msg at our FB stating your... NAME: ADDRESS: NO PHONE: ITEM: COLOR: SIZE:

Peplum Kurung Murah?

Assalamualaikum, 



Hai ladies! Saya sudah pun menulis entry yang sama di blog personal saya, azzaazman.blogspot.com. Saya hanya nak share koleksi-koleksi baju kurung potongan peplum yang sungguhlah 'in trend' sekarang ni. Ianya sangat cantik dan kemas buatan dari pereka terkenal. Dah nama pun pereka terkenal, jika dilihat harganya juga bukanlah harga mampu milik bagi semua orang T___T Tapi tidak dinafikan memang cantik :)


Berdasarkan gambar model yang memperagakan, semuanya kurus dan mempunyai potongan badan yang menawan *termasuk patung dari matase sutera :)* Jadi betul ke memang kurung peplum ini hanya sesuai untuk perempuan yang bertubuh kurus ye? Saya yang tak berapa nak kurus ni agaknya sesuai tak pakai? Atau sesuai tak nak jual? Eh. Sesiapa yang  ada mengenakan peplum kurung semasa raya temph hari, marilah share dengan saya gambarnya. Letak link di ruang komen ye. Teringin la nak tengok.


designs from OldBlossonBox 
rmxxx - rmxxx

  designs from The Matase Sutera 
rm600 - rm800



designs from MimpiKita
rm450 - rm650

designs from Nurita Harith
rmxxx - rmxxx

designs from Cosri Purple Label
rm450 - rm650

Ikut kalendar, bulan Oktober ni dah nak raya Haji dah kan. Mesti ramai yang recycle baju raya lepas sahaja. Termasuklah saya. Ongkosnya udah habis kok. Tapi bila dikenang-kenang semula. Bulan November dan Disember ni, saya tau korang semua mesti tak menang tangan nak hadiri majlis kahwin kawan korang kan? Siap ada yang paksa rela jadi pengapit lagi. Dah nak recycle lagi ke baju tu? Agaknya, ada tak sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi baju kurung peplum dengan harga mampu milik?


~the sweet kurung~

3 comments:

Unknown said...

saya mahu..

Arora said...

Blh tgk di link ini http://fashionarora-fashionarora.blogspot.com/
Ada pelbagai jenis peplum yg kami jual harga hanya dr RM155 - RM300 Inc postage

Heiladies Co. said...

SALAM..

DAPATKAN PEPLUM TOP PD HARGA PROMOSI. LEBIH MURAH DR HARGA ONLINE BIASA. HALFMOON SHAWL BERBUNGA LEBAT AND SKIRTS YG CANTIK2 PUN ADA. JOM SHOPPING..

Azza Azman